Saturday, January 30, 2010

sketsa orang belum mandi.

Bangun tido,terus on facebook,check emails,tanpa sempat mencuci muka atau menggosok gigi.
Lepastu,turun bawah cari newspaper.Enter cue kedengaran suara mama menjerit suruh sapu rumah dan basuh pinggan.Grumble a bit,lipat balik newspaper,terus do as i was told.
Sambil menyapu sambil teringat kat facebook yang terbiar on tanpa Tuannya.Lari atas jap,bekerja tak boleh terus-menerus tau?Haa'-haa'.Tengok ada beberapa friend requests: tak kenal,tak kenal,mamat Arab,mamat Negro,tak kenal,ouh-ouh ini kenal;approved.
Lari balik turun bawah dengan penyapu di tangan.
Pakai apron,cuci pinggan.Dengar mama cerita tentang kawan-kawan dia.Buat-buat interested.Kawan-kawan dia square gila.Very one-dimensional.
Lari balik naik atas,tutup pintu rapat-rapat,tulis blog kat Nihilistic Cro-Magnon.
Ahh,bahagia.

gengster yang lembut.

Haritu aku dipanggil masuk ke bilik kaunseling sekolah.Aku hairan,bukan aku pernah lompat pagar ke ape (walaupun dalam hati memang teringin pun.).Nak tak nak,aku terpaksa ikut jugak cikgu tu pergi,sebab dia kata kat aku jangan risau.Aku NAK risau jugak,tak kira;(
Anyway,sampai-sampai je bilik tu,dia suruh aku isi satu borang maklumat peribadi ni.Masa sampai tang kolum 'pekerjaan bapa',dia tiba-tiba tanya:"Betul ke bapak awak Mamat-mamat Yang Khalid tuh?"
Haa?Haha!Sebut nama pun tak betul!Malu je!Tapi aku iya kan je la.Ye cikgu,Mamat-mamat Yang Khalid tu.
"Oh,yang comel-comel buat filem tu?"
Ya cikgu,Yang Comel-comel Buat Filem Tu.
"YANG ABANG LAT KARTUN TU???"
Er bukan silap cikgu,adik;ADIK Lat Kartun Tu.
Ini nak banci ke nak sembang masalah aku yang tak wujud tu nih??Aku udahla mood tak berapa nak 'ong' haritu,lagi nak tanya my life story pulak.Angiinnnn je aku.
Tapi cikgu tu baik gila,sejuk balik hati tengok dia senyum:P
Rupa-rupanya dia nak tanya kenapa bulan ni dah lima kali aku tak datang sekolah.Tah bila lima kali tah,seingat aku tiga je.Tu pun nak kecoh sampai telepon bapak aku beria.Berderau la darah trang-tang-tang aku!
"Cikgu,masa from five surat amaran dah dua kali saya dapat.So tiga (atau lima) hari tu are small beans je for me.Takde maknenye tiga,lima,semilan hari ke;bukannya saya lari ponteng ikut boyfren pegi air terjun.Duduk rumah je.Kalau nak betul masalah disiplin,pegi pantau kelas saya,ada orang hobi kerat-kerat tangan konon mau mati.Ish.Siapa bos cikgu?Apa?Guru Besar??Alaaa!panggil dia datang sini jap,nak tengok ada beran tak face to face dengan saya.Ini cucu Hassan Jepun tau,HASSAN JEPUN SARJAN MEJAR ULU KINTA!!!"

Aku harap nak cakap macamtu,tapi aku tak reti kurang ajar!;(

rindu merapi.

I need a vacation.
Tengah hari tadi saya teman bakal kakak ipar saya hantar kuih kat kem TLDM Ipoh tu.Dia bawak kereta Toyota Unser.Perjalanan kami disulam dengan lagu-lagu '70s omputih,Sealed with a Kiss,Obla-di-obla-da,etc.Layan jugak la,haha.Dia pun revivalist macam saya juga (ketawa ala2 tak ikhlas).
Jadi saya rasa bukan macam kat Ipoh masa tu;saya rasa macam dalam trip pegi Danau Toba pulak.Kereta dah sah la Toyota Kijang kan (nama Unser kat Indon,ehem),lepastu ada lagu-lagu lama tu.Silap hon je bunyi 'pinnn' instead of 'La Cucaracha'.Memang nostalgia habis.
Saya tunggu je mana tau kut kalau-kalau ada poster parti GOLKAR tertampal kat tiang lampu mana-mana,atau van sekolah yang sarat penumpang sampai atas bumbung pun ada orang rilek je isap rokok (bukan pelajar sekolah,mungkin member drebar gamaknya).Namun,hampa.Saya masih di Ipoh,bukan di jalan-jalan sempit pekan Brastagi.Bummer.

and if you want some fun!sing obla-di-bla-da,hey!

Tuesday, January 26, 2010

sekarang saya dah tak berapa nak 'form' sangat.

Normal la tu,bila dah diangkat ke langit pasti akan diturunkan juga ke bumi;)

Saturday, January 16, 2010

stanza sepi sekeping hati

Semalam abang aku suruh aku pasang lagu Ben Nathan kat YouTube.So sebab aku adik lagi kecik yang selalu ditindas,aku menurut je lah.
First reaction aku:

"Mamat ni bukan dah gila ke?"

"Yep",came the reply.

"Kenapa dia jadik gila yeh?" tanya ku lagi bagai tak sabar nak kena penampar.

Abang aku,always the patient one,jawab pertanyaan aku dengan er,penyabarnya.

"Sebab dia GILA la!Heiiii!"

Ok.
You got me there.