Saturday, January 30, 2010

gengster yang lembut.

Haritu aku dipanggil masuk ke bilik kaunseling sekolah.Aku hairan,bukan aku pernah lompat pagar ke ape (walaupun dalam hati memang teringin pun.).Nak tak nak,aku terpaksa ikut jugak cikgu tu pergi,sebab dia kata kat aku jangan risau.Aku NAK risau jugak,tak kira;(
Anyway,sampai-sampai je bilik tu,dia suruh aku isi satu borang maklumat peribadi ni.Masa sampai tang kolum 'pekerjaan bapa',dia tiba-tiba tanya:"Betul ke bapak awak Mamat-mamat Yang Khalid tuh?"
Haa?Haha!Sebut nama pun tak betul!Malu je!Tapi aku iya kan je la.Ye cikgu,Mamat-mamat Yang Khalid tu.
"Oh,yang comel-comel buat filem tu?"
Ya cikgu,Yang Comel-comel Buat Filem Tu.
"YANG ABANG LAT KARTUN TU???"
Er bukan silap cikgu,adik;ADIK Lat Kartun Tu.
Ini nak banci ke nak sembang masalah aku yang tak wujud tu nih??Aku udahla mood tak berapa nak 'ong' haritu,lagi nak tanya my life story pulak.Angiinnnn je aku.
Tapi cikgu tu baik gila,sejuk balik hati tengok dia senyum:P
Rupa-rupanya dia nak tanya kenapa bulan ni dah lima kali aku tak datang sekolah.Tah bila lima kali tah,seingat aku tiga je.Tu pun nak kecoh sampai telepon bapak aku beria.Berderau la darah trang-tang-tang aku!
"Cikgu,masa from five surat amaran dah dua kali saya dapat.So tiga (atau lima) hari tu are small beans je for me.Takde maknenye tiga,lima,semilan hari ke;bukannya saya lari ponteng ikut boyfren pegi air terjun.Duduk rumah je.Kalau nak betul masalah disiplin,pegi pantau kelas saya,ada orang hobi kerat-kerat tangan konon mau mati.Ish.Siapa bos cikgu?Apa?Guru Besar??Alaaa!panggil dia datang sini jap,nak tengok ada beran tak face to face dengan saya.Ini cucu Hassan Jepun tau,HASSAN JEPUN SARJAN MEJAR ULU KINTA!!!"

Aku harap nak cakap macamtu,tapi aku tak reti kurang ajar!;(

No comments:

Post a Comment