Friday, March 19, 2010

let's talk about mates that rock.

Ini adalah saya.Atau boleh juga dikenali sebagai Zomba Kg. Baru.Keinginan saya sedikit;saya cuma mahukan sebuah villa menghadap lautan pasifik di selatan France sambil menghirup Ribena Sparkling dan mengepit roti baguette di celah ketiak.Tu je.Tak banyak kan?
Ok,let's get down to business.
Blog ini adalah untuk mereka yang mengenali latar belakang saya.Kepada yang tidak,selamat datang ke Sara-La-Land!;D,di mana Mickey Mouse dan roller coaster rides tak ada langsung dalam agenda.
Tidak ramai orang yang dapat disertakan di dalam hidup saya.Saya bukan jenis yang terbuka untuk dinilai melalui apa yang hanya dapat ditanggap fikiran insan lain.Didalam hal ini saya lebih mengambil sikap berhati-hati kerana telah terlalu kerap dikecewakan.Saya tidak memerlukan kehidupan diselimuti bayangan glamour (jika perkataan itu sesuai digunakan) penggiat-penggiat seni dengan menyangkan kepada seluruh dunia betapa 'glamour' dan 'berseni'nya kehidupan saya,tidak.Sejujurnya saya langsung tak ambil pot dengan semua itu.Kehidupan yang dipenuhi orang-orang hipokrit dan menjelikkan itu bukan untuk saya dan tidak berkhasiat juga untuk tumbesaran kamu.
I live in the real world.Saya tidak mahu dibutakan dengan sweet nothings selagi saya masih muda.
Jadi leave your assumptions at the door and let's all chill saja,yah!

1 comment: